Breakfast kol 7.30 am kat hotel. Pas tu gi sewa kereta....harga pun tak mahal wira RM 70 dan Innova RM 100.Kami pergi ke Awana Porto Malai utk lihat kapal layar sambil singgah di kedai roti Dr. Mahathir. Taste rotinya memang sedap .....harganya pun boleh tahan jugak mahal.Souvenir yang dijual angat cute dan cantik.Lebih kurang 20 minit kami sampai ke muzium kemudian terus ke jeti untuk ke Geoforest Park.Kami menaiki bot untuk melihat panorama di laut dan pulau2 kecil.Pemandangan sangat indah dengan flora dan fauna yang hidup segar.Kami berpeluang memberi makan kepada helang2 yang sedia menanti kedatangan kami. Bot yang kami menaiki menyusuri setiap gua dan hutan bakau.Kami dibawa sehingga ke sempadan perairan Malaysia-Thai untuk menikmati pemandangan yang indah. Terdapat pulau yang berbentuk kasut dan gorilla.
Kemudian kami singgah di sebuah restoran terapung dan juga sangkar ternakan ikan.Terdapat berbagai-bagai spesis ikan, karang,sotong dan pari.Pengunjung diberi penerangan mengenai setiap spesis ikan dan diberi peluang untuk memegang ikan pari.Selepas itu kami dibawa ke Gua Kelawar untuk melihat pemandangan di dalam gua.Kami dibekalkan dgn torch light utk menyuluh kelawar di dialam gua. Suasana dlm gua amat dingin dan bau najis kelawar sangat kuat.nampaknya ada potensi buat baja organik...he,he,he.Lebih kurang 1 1/2 jam menikmati panorama laut dan gua kami menjamu makan thari di sebuak gerai yang berhampiran di jeti.Makanannya boleh tahan sedap dan harganya juga berpatutan.Kemudian kami memandu disekeliling pulau untuk melihat pemandangan yang indah.Masih terdapat kesan perkampungan di tepi pantai yang dilanda Tsunami.Balik ke hotel untuk berehat sebentar manakala anak2 sibuk mandi di swiming pool.Kemudian jam 5.00 ptg keluar balik untuk meronda.Kali ini my wife ingin melihat pinggan mangkuk dan peralatan dapur.Terus kami ke Idaman Suri & Gedung Hj Ismail.Kalau ke Langkawi mmg tak sah jika tak ke sini....so sediakan duit banyak2 utk shopping. Lama gak kat sini sebelum balik semula ke hotel utk dinner.Lepas dinner keluar lagi utk shopping kat gerai sekitar Pekan kuah....aku cuma beli Tshirt,kain batik,kain pelekat dan beg pakaian....memang murah beb...rugi tak beli.Kaki aku sampai tak larat nak jalan dari satu kedai ke satu kedai kami masuk.Aku nampak member2 pun sama dah macak keldai pikul barang2 shopping utk balik ke hotel.Balik hotel terus lelap kepenatan.....zzzzzZZZZZZZZ.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan