Jumaat, 29 Mei 2009

My Langkawi Trip On 24/10/2008




Day 1
Hi bro, aku nak story kat korang trip aku n family ke Langkawi.Pegi dengan 5 buah bas dari JB ke Kuala Perlis ~ 12 jam.Peeeh kalau nak cita memang letih dlm bas tapi coz excited sesangat rasa lenguh2 badan hilang begitu aja.Sampai kat Kuala Perlis kol 8.30pg dan sempat sarap dengan famili kat gerai depan terminal feri.Jadual feri kol 10.30pg so dapat tinjau2 gelagat orang kat terminal.Macam2 ragam ada, kebetulan cuti pertengahan sekolah so sesak macam sadin. Perjalanan mengambil 30 minit utk sampai ke Jeti Kuah.Setiba di jeti we all disambut oleh tour agency untuk dibawa ke restoran utk makan tengahari.Restoran ini terletak berhampiran dengan Langkawi Underwater.Tengahari tu we all makan dengan lahap sekali maklumlah perut tengah lapar gila.Lepas tu gi masuk Langkawi Underwater dan lihat berbagai spesis ikan dan hidupan akuatik.Kemudain kami bergerak terus ke Gunung Mat Cincang utk naik Cable Car.Aku rasa nak tercabut kepala lutut beratur beli tiket.....mak oii lebih kurang 1 jam, punyalah ramai manusia mcm nak mengundi plak.Beratur punyalah lama naik tak sampai pun 20 minit, dapatlah lihat pemandangan Pulau Langkawi dari atas gunung.Pemandangan memang klas...cantik beb! Aku dan wife punyalah gayat bila cabel car tu tersentak-sentak kat atas.Anak2 aku  plak selamba de jer tak gayat langsung.