Jumaat, 21 Ogos 2009

Boat delivery via treller


Aza's bday & Sham & Ayu's Farewell..

Udah tua....29 ..he,he

Surprise!!!!....bday girl

COSH 2009 AT SUNWAY PYRAMID


3 days OSH Conference.....(10,11 & 12.8.2009)

Khamis, 20 Ogos 2009

Saga BLM




Keta baru kuar seminggu...grin
....sportrim 15 yg baru ...sportrim dan tayar ori trade in kat kedai tayar.Kuar modal buat bodykit + spoiler
Lepas make up exterior..pas tu wat interior lak...last baru pegi kat enjine...Slow2 modalnya
smile

Rabu, 1 Julai 2009

Day 2 (28.7.2009)...still at Paris Van Java

Seawal jam 6.00 pg kami sudah turun ke restoran di bawah hotel untuk sarapan pagi.Suasana awal pagi di Bandung cukup segar dan nyaman.Setelah kenyang kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan yang berhampiran.Daripada kacamata memang terdapat ramai peniaga jalanan yang menjual makanan di sepanjang jalan dengan warung tolak.Masyarakat Bandung cukup terkenal dengan keramahannya dan tidak lokek untuk memberitahu arah jika kita tersesat.Lain padang lain belalang begitulah pengalaman yang kami alami di Indonesia. Dihadapan hotel saja, terdapat ramai penjual cenderhati,baju,lukisan dan lain-lain hasil kerja tangan seawal pagi.Mereka sanggup mengikut bas pesiaran atau pelancong (PRIWISATA) untuk memastikan barangan mereka terjual kepada pelancung.

Bangunan lama tinggalan Belanda berhampiran hotel


Di dalam bas menuju ke Factory Outlet

Kilang Roti

Kami bertolak ke Factory Outlet lebih kurang jam 8.30 pg. Pak Edi memberi kami masa selama 4 jam utk kami bershopping.Kami sempat mengunjung gedung batik yang mana disini ia sangat terkenal dengan kualit yang sangat baik dan halus.Jika dilihat dari segi harganya memang mahal tapi ia lebih murah jika dibandingkan jika di beli di butik di Malaysia.Kami sempat membeli sebuah bag sandang bercorak batik sebagai souvernir.Kebanyakan masa kami dihabiskan masuk dan keluar dari sebuah FO ke sebuah FO untuk menawar dan membeli pakaian,bag tangan dan barangan kulit.Sebab itu Bandung terkenal dengan kota fesyen dan membeli belah.Walaupun jalanraya sibuk tetapi lalulintas adalah terkawal.Kita boleh lihat ramai Polis traffik dan juga penjaga kereta yang sentiasa memastikan kenderaan yang keluar dan masuk parking tidak menghalang laluan kenderaan....asalkan diberi upahnya.



Angkutan Kota...kenderaan tambang murah yang terkenal di Bandung

Toko yang terkenal dengan jualan hasil batik yang berkualiti

Toko yang terkenal dengan jualan beg tangan yang berjenama

Factory Outlet

Banyak gerai tolak yang menjual makanan di sepanjang jalan

Jika mahu membeli jeans dan T-shirt yg berkualiti sila ke sini

Warung makanan

Tong gas masak kecil....menarik dan unik

Setelah 4 jam shopping akhirnya kami berkumpul semula seperti yang dijanjikan.Masing-masing seperti tidak cukup tangan membawa hasil shopping yang banyak.Walaupun banyak juga wang yang dilaburkan tapi memang berbaloi.Kami makan tengahari di Restoran Riung Sari. Masakan Sunda lagi dihidang untuk santapan semua.Selepas makan , kami sempat membeli kek lapis yang sangat terkenal di Bandung iaitu Kartika & Amanda yang dijual dengan menggunakan van di hadapan restoran.Selepas ini adalah misi terakhir untuk bershopping iaitu di Pasar Baru yang terkenal dengan kain ela,tudung,telekung dan barang harian. Harganya memang cukup murah jika dibandingkan di JB.Kami menghabiskan masa disini selama 3 jam. Kebetulan pada hari itu terdapat lautan manusia di sana. Macam-macam ragam manusia yang dapat kita lihat.Disni harus berhati-hati dengan pencopet dan juga pengemis.Mereka akan merayu kepada kita dengan penuh simpati untuk mendapat duit. Selepas cukup 3 jam bershopping kami bertolak untuk ke Jakarta pada petang tersebut.Insyallah jika dipanjangkan umur dan ada rezeki lagi pasti kami akan kembali ke Bandung untuk meluangkan masa lebih lama lagi bagi menyelami keindahan,budaya dan keramahan masyarakat disini.BANDUNG....TUNGGU KEDATANGAN KAMI LAGI!



Makan tengahari di Restoran Riung Sari

Suasana dalam restoran....masakan Sunda

Makanan Sunda

Ribuan manusia di luar Pasar Baru

Di hadapan bangunan Pasar Baru

Selasa, 30 Jun 2009

A Trip To Jakarta- Bandung


Day 1 (27.6.2009)

Well, sorry for the long delay as I was busy with something else.Nothing to report though. Just had some fun with my family during my trip to Jakarta & Bandung. We moved from JB to Changi Airport around 6.00 am.Selepas melepasi pihak imigresen dan kastam from both country kami terus ke Budget Terminal dan tiba pada pukul 7.40 am, Alhamdulillah semuanya mengikut jadual dan kami berlepas dengan pesawat Tiger Airways jam 8.45 am.Akhirnya selepas berada 1 and 1/2 hrs di awan biru we arrived at BANDARA SOEKARNO HATTA

Kami telah dijemput oleh Tourist Guide, Pak Edi daripada Sahabat Kita Travel Agency.He is very friendly,humor and knowledgeable in Indonesian history and culture.Masing-masing sibuk mencari handphone prepaid card untuk komunikasi.Tidak usah bersusah payah kerana terdapat ramai penjual prepaid yang bergerak mencari pelanggan.Pak Edi mencadangkan agar membeli MENTARI kerana ia amat murah iaitu sekitar Rph 5000-7000 (RM 2.50) dan terus boleh digunakan. Kota Jakarta yang berpenghuni hampir 26 juta (sama dengan penduduk Msia) sangat padat dan sangat dikenali dengan traffic jamnya (macet).Kebetulan pada hari itu adalah cuti sekolah di Indon dan bertambah2 macetnya. Terdapat banyak bangunan pencangkar langit dan juga gedung membeli belah disini.Cuacanya spt di JB....panas banget!


Photo taken at Changi's Budget Terminal Airport ....wearing mask due to H1N1 Disease

View from air.....Jakarta's town

Indonesia International Airport called BANDARA

Yok shopping ke Bandung kata Presiden Sukarno........

Kami makan tengahari di sebuah restoran yang terletak dipinggir kota Jakarta.Disini kami dijamu dengan masakan padang yang amat terkenal dengan masyarakat jakarta. Berpinar biji mata kerana lauk pauk yang dihidangkan amat banyak di atas meja.Tengahari itu kami makan dengan berselera kerana terlalu lapar.Selepas berada di restoran ini selama 1 jam kami terpaksa berangkat ke Bandung bagi mengelakkan keadaan macet.

Nasi Padang Delivery

Lauk Pauk Nasi Padang



Restoran Sederhana Masakan Padang utk makan thari

Ramai penjaja jalanan mencari rezeki di jalanraya yang sesak di Jakarta

Bangunan Pencakar Langit Di Jakarta Raya


Sebut betul-betul............

Perjalanan ke Bandung dari Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam 1/2 hingga 3 jam bergantung kepada macet.The maximum speed limit is 80 kmj in highway. Ini disebabkan Bandung terletak di paras 753 kaki aras laut dan jalannya mendaki dan menuruni cerun so every driver must drive safely at all times.Bandung is 4th city largest after Jakarta,Surabaya dan Jogjakarta.Bandung is also renowned for its shopping, particularly for shoes, textiles, clothing and denims which are found in the colourful Jeans street.Mempunyai suhu spt di Genting Hingland or Cameron Highland....sejuk dan nyaman.Pemandangan ladang teh, strawberi dan bandar budaya dan warisan masyarakat Sunda.Kami tiba di Bandung hampir jam 3.15 pm dan hujan renyai mulai turun menyambut kedatangan kami.

Restoran Sangkuriang menyedaikan masakan Sunda utk makan malam


Bergambar di hadapan Rumah Mode...terkenal dengan Factory Outlet

Banyak penjaja jalanan yang menjual hasil kerja tangan....sangat kreaktif

Bandung syurga untuk shopping dan berhibur...terkenal dengan panggilan Paris Van Java

Tiba di kota Bandung kami telah diterangkan dengan panjang lebar mengenai sejarahnya dan juga apa yang ada disini.Bandung mempunyai banyak tempat menarik utk dilawati spt Rumah Mode,Factory Outlet,Pasar Baru,tmt menjual barang2 kulit dan kawah gunung berapi yang masih aktif iaitu Tangkuban Perahu.Kami diberi 4 jam utk bershopping di Rumah Mode.Banyak juga barang2 yang diborong iaitu yg paling popular ialah jeans dan tshirt yang berkualiti tinggi spt Bruberry,G.Armani,Guess, Polo,Hackett,Vesace etc.Harganya juga berpatutan iaitu sekitar Rph 250,000 (RM 86).Alah membeli bisa memakai.Kalau nak cerita tak menang tangan utk berbelanja disini....mata jadi rambang asalkan pulusnya cukup. Terdapat penjaja jalanan yg mencari rezeki dgn menjual kraftangan,inner,key chain,tshirt dll.Sekiranya pandai tawar menawar pasti dapat membeli dgn harga yg rendah sehingga lebih 50%.


Disini jam 5.00ptg sudah gelap (jam 7.00 mlm) di Msia. Terasa udara dingin mulai terasa mencucuk kulit.Selepas bershopping kami makan malam di Restoran Sangkuriang yg terkenal dengan masakan Sunda. Makananya cukup lazat dengan ulaman (lalapan) yang dilecur.Masyarakat Sunda mmg terkenal dengan ulam-ulamannya.Selepas makan kami terus ke hotel utk check ini pada pukul 9.00mlm.Memandangkan badan teramat letih kerana sehari suntuk berada dalam perjalanan dan bershoppping maka jam 10.00 mlm sudah zzzzzZZZZZ kerana esok awal2 pagi hendak sambung aktiviti bershopping.


4 star hotel tempat kami menginap.....two thumbs up for the services



Bilik yang serba mewah.......................