Rabu, 1 Julai 2009

Day 2 (28.7.2009)...still at Paris Van Java

Seawal jam 6.00 pg kami sudah turun ke restoran di bawah hotel untuk sarapan pagi.Suasana awal pagi di Bandung cukup segar dan nyaman.Setelah kenyang kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di kawasan yang berhampiran.Daripada kacamata memang terdapat ramai peniaga jalanan yang menjual makanan di sepanjang jalan dengan warung tolak.Masyarakat Bandung cukup terkenal dengan keramahannya dan tidak lokek untuk memberitahu arah jika kita tersesat.Lain padang lain belalang begitulah pengalaman yang kami alami di Indonesia. Dihadapan hotel saja, terdapat ramai penjual cenderhati,baju,lukisan dan lain-lain hasil kerja tangan seawal pagi.Mereka sanggup mengikut bas pesiaran atau pelancong (PRIWISATA) untuk memastikan barangan mereka terjual kepada pelancung.

Bangunan lama tinggalan Belanda berhampiran hotel


Di dalam bas menuju ke Factory Outlet

Kilang Roti

Kami bertolak ke Factory Outlet lebih kurang jam 8.30 pg. Pak Edi memberi kami masa selama 4 jam utk kami bershopping.Kami sempat mengunjung gedung batik yang mana disini ia sangat terkenal dengan kualit yang sangat baik dan halus.Jika dilihat dari segi harganya memang mahal tapi ia lebih murah jika dibandingkan jika di beli di butik di Malaysia.Kami sempat membeli sebuah bag sandang bercorak batik sebagai souvernir.Kebanyakan masa kami dihabiskan masuk dan keluar dari sebuah FO ke sebuah FO untuk menawar dan membeli pakaian,bag tangan dan barangan kulit.Sebab itu Bandung terkenal dengan kota fesyen dan membeli belah.Walaupun jalanraya sibuk tetapi lalulintas adalah terkawal.Kita boleh lihat ramai Polis traffik dan juga penjaga kereta yang sentiasa memastikan kenderaan yang keluar dan masuk parking tidak menghalang laluan kenderaan....asalkan diberi upahnya.



Angkutan Kota...kenderaan tambang murah yang terkenal di Bandung

Toko yang terkenal dengan jualan hasil batik yang berkualiti

Toko yang terkenal dengan jualan beg tangan yang berjenama

Factory Outlet

Banyak gerai tolak yang menjual makanan di sepanjang jalan

Jika mahu membeli jeans dan T-shirt yg berkualiti sila ke sini

Warung makanan

Tong gas masak kecil....menarik dan unik

Setelah 4 jam shopping akhirnya kami berkumpul semula seperti yang dijanjikan.Masing-masing seperti tidak cukup tangan membawa hasil shopping yang banyak.Walaupun banyak juga wang yang dilaburkan tapi memang berbaloi.Kami makan tengahari di Restoran Riung Sari. Masakan Sunda lagi dihidang untuk santapan semua.Selepas makan , kami sempat membeli kek lapis yang sangat terkenal di Bandung iaitu Kartika & Amanda yang dijual dengan menggunakan van di hadapan restoran.Selepas ini adalah misi terakhir untuk bershopping iaitu di Pasar Baru yang terkenal dengan kain ela,tudung,telekung dan barang harian. Harganya memang cukup murah jika dibandingkan di JB.Kami menghabiskan masa disini selama 3 jam. Kebetulan pada hari itu terdapat lautan manusia di sana. Macam-macam ragam manusia yang dapat kita lihat.Disni harus berhati-hati dengan pencopet dan juga pengemis.Mereka akan merayu kepada kita dengan penuh simpati untuk mendapat duit. Selepas cukup 3 jam bershopping kami bertolak untuk ke Jakarta pada petang tersebut.Insyallah jika dipanjangkan umur dan ada rezeki lagi pasti kami akan kembali ke Bandung untuk meluangkan masa lebih lama lagi bagi menyelami keindahan,budaya dan keramahan masyarakat disini.BANDUNG....TUNGGU KEDATANGAN KAMI LAGI!



Makan tengahari di Restoran Riung Sari

Suasana dalam restoran....masakan Sunda

Makanan Sunda

Ribuan manusia di luar Pasar Baru

Di hadapan bangunan Pasar Baru